Rabu, 1 Oktober 2008

Rahmat Ramadhan Paling Besar

Ramadhan sudah berlalu.Semoga diberi umur panjang untuk bertemu kembali dengan Ramadhan akan datang.Ramadhan pasti dirindu.

Aidilfitri disambut sederhana.Takbir meniti dibibir setiap insan.Bergembira dan berpakaian baju melayu warna biru yang baru.Sederhana tetapi masih meriah.

Rahmat Ramadhan kali ini amat dirasai.Syukur dipanjatkan kepada yang Esa.Rahmat yang dinanti dikurniakan yang Maha Esa di bulan mulia ini.Rahmat Ramadhan ini akan meninggalkan kesan yang mendalam.

Takbir Aidilfitri mengagungkan Yang Maha Esa kadang kala membuat hati menjadi sayu.Sayu mengenangkan Rahmat Ramadhan Paling Besar ini.

************************************************************************************

Tepat jam 11.35 pagi, 29 September 2008 (29/09/08) bersamaan 29 Ramadhan 1429H (29/09/1429) seorang bayi perempuan telah dikurniakan dan dipinjamkan oleh Allah kepada kami untuk menggembirakan kami.Nur Damia Delisha (cahaya kebijaksanaan yang menggembirakan) nama kami berikan sempena kegembiraan yang Allah berikan kepada kami.Semoga dia akan menjadi insan yang menggembirakan kami dan sekelilingnya selama-lamanya.

* jam 12.05 malam.Baby Damia masih belum tidur dan masih menangis.Tapi dia masih menggembirakan.

** kak na dah berpesan, bersedialah untuk tak cukup tidur selama beberapa bulan.Alahai...

Tiada ulasan: