Jumaat, 23 November 2007

PERHATIAN!!

setelah berbulan-bulan berbincang, memerah otak, memberi buah fikiran, dan ber YM.rasanya ber Ym yg lebih.satu kata sepakat dicapai.AJK telah dibentuk.AJK terdiri daripada golongan yg gila kuasa dan pangkat.Dinaungi oleh seorang yg berpangkat besar dalam kerajaan dengan gred 'M'.beliau sgt berpengaruh jadi mmg layak menjadi seorang ketua yg gila kuasa.

AJk gila kuasa telah bersepakat untuk menganjurkan satu PERHIMPUNAN HARAM irshadian batch 97 sempena 10 tahun tinggalkan buku dan aktiviti 'rambo'.kehadiran dianggarkan 100 org ahli serta ahli keluarga.warna tema akan dipilih kemudian oleh AJK gila kuasa yg diketuai oleh saudara gred M.warna kuning tidak akan dibenarkan sama sekali.diberikan sedikit info untuk semua ahli yg berniat untuk hadir :

Tarikh yg dicadangkan : 22hb disember 2007 (sabtu)
Masa : Malam (belum kompom)
Hos/Penganjur : Saudara Syiful Erman a.k.a Endon & Pn Rozaimah
Tempat : Rumah Hos
Bayaran : Belum ditetapkan.kompom kena bayar
Aturcara : Belum ditetapkan.yg pastinya da acara makan dan sembang-sembang.makanan secara Pot-luck juga digalakkan

Segala kesulitan dan pengesahan kehadiran kontek la Ketua Perhimpunan Haram (Saudara Norhisyam Nordin) ini di talian 012-5855399.

datanglah beramai-ramai.bawalah keluarga.dan bersedialah untuk menahan serangan pihak FRU dengan semburan air asid.haha

p/s : Jika sahabat Irshadian melwat ke sini, sila tinggalkan no kontek di bahagian 'ulasan'.terima kasih

Rabu, 21 November 2007

halaman asmara

ingatan tiba-tiba terarah kepada mak dan ayah di kg.mak dan ayah hanya tinggal berdua di kg.sesekali mungkin adik yg kerja berdekatan balik menjenguk.kakak yg berdekatan juga selalu ke sana.tapi sebagai anak lelaki mmg aku ada niat menetap di kg menjaga kedua org tua.tapi niat masih terhalang.masih belum ada rezeki agaknya.


sini aku kasi gambar satelit kawasan rumah aku.petak bertanda '1' adalah kawasan rumah aku.tapi gambar agak kabur.mungkin sbb rumah aku masih menggunakan bumbung zink lg.haha.

petak bertanda '2' pula adalah Air Teguh Enterprise.perniagaan yg dimulakan oleh ayah aku lepas berpencen.perniagaan berasaskan pokok-pokok hiasan, pokok bunga, hiasan dalaman, luaran, lanskap dan macam-macam lg lah.silalah ke sana jika berkesempatan.aku merasakan perniagaan ini bukan hanya semata-mata perniagaan.ia juga aku rasakan sebagai terapi kepada mak dan ayah.terapi untuk org berpencen.tidaklah bosan sgt tanpa berbuat apa-apa kerja.

semoga mak dan ayah sihat-sihat saja di kg halaman.

Selasa, 20 November 2007

mari bersenam


Lama sungguh aku tak bersenam.dulu ada juga ke gym.lepas tu hilang terus semangat.dulu-dulu di tempat lama ramai kaki untuk sama-sama main badminton setiap minggu.sekarang aku lebih senang balik rumah dan menonton tv saja.haha.

weekend lepas awek berjauhan mengajak membeli sarapan.tapi sambil joging katanya.aku ikut saja.lg pun lama tak bersenam.aku rasa aku dah semakin gemuk.haha.kasut sukan mmg dah disimpan rapi di dalam kereta.kali terakhir digunakan semasa mengikut awek ke perkhemahan bersepadu sekolahnya.lama dulu.

kami memulakan aktiviti sihat kami dengan berjalan perlahan.kadang-kadang sedikit laju.kami mengambil jalan yg agak jauh untuk sampai ke gerai nasi lemak.penat juga rasanya.tapi balik bukan saja nasi lemak menjadi mangsa.roti canai juga.haha

ptg nya aku berbasikal pula.tapi berseorangan.awek ada hal perlu dibereskan.kayuhan pertama agak bersemangat.separuh jalan terasa kepenatan teramat.mungkin aku perlu kurangkan 'mencemar alam' agaknya.

ahad pula kami berehat.penat semalam masih belum habis.haha.tapi awal-awal lg awek dah mengajak untuk ke TC sebelah petangnya berjoging sambil mengexplore kamera yang akan aku gunakan untuk satu majlis yg besar.aku sudah diberi mandat.kami ambil gambar pantai, hutan, batu-batu besar, org berdating juga, dan semestinya gambar kami berdua bersilih ganti.haha

harap-harap aktiviti sihat ini berterusan.untuk kesihatan bersama.apa tunggu lagi?jom bersenam!

Isnin, 19 November 2007

cuti sekolah

sekolah dah start bercuti.awek yg berjauhan masih belum berkesempatan untuk ikut ke kl.minggu depan mungkin.byk perkara perlu dia bereskan supaya lebih tenang dia di kl nanti

heheh.



kerja seperti biasa.byk.cuaca yg tak menentu membuatkan rasa berat nak ke site.cadangnya hendak ke kajang membuat urusan duti setem.tapi juga terasa malas.pagi-pagi esok mungkin.kalau rajin.haha

Jumaat, 16 November 2007

Jumaat+pisang

Jumaat penghulu segala hari.

solat Jumaat aku hari ni betul-betul di tepi tangga masjid.Umat Muhammad memenuhi masjid.di rakaat kedua ketika Imam sedang membaca al-fatihah solat aku terganggu dengan kehadiran seorang lelaki terkocoh-kocoh memanjat tangga lantas meletakkan satu beg plastik merah betul-betul disebelahku.selepas salam aku dapati beg plastik itu berisi pisang untuk disedekahkan kepada jemaah.

tapi yg menjadi kemuskilan aku dr mana dia datang?kemana dia menghilang?

mana yg lebih utama?pisang disedekah @ solat Jumaat nya?

bersangka baik....

Selasa, 13 November 2007

bertimbun


pagi-pagi lg aku dah dihambat dengan beberapa fail yg bertimbun-timbun untuk disetelkan.belum sempat duduk dikerusi lg pun sudah ada yg meminta untuk menyiapkan satu tugasan.meja semakin berselerak.kepala semakin semak.perut berbunyi minta diisi.

sejak kebelakang ni byk betul kerja yg perlu dibereskan.semalam pun byk juga kerjanya.pulang dr pejabat beratur pula membeli tiket bas.sampai di rumah hampir maghrib.tanpa makan.selepas solat terus tertidur di atas tilam empuk yg baru.ehehehe.awek cun yg berjauhan telefon pun tak sedar.sori ye sayang...

bangun pagi semasa nak buka pintu br tersedar pintu pagar tidak berkunci semalaman.alhamdulillah kuda ku tidak dilarikan org.ehehe..

Isnin, 12 November 2007

jauh perjalanan luas permandangan



itu la yg org tua-tua ckp.mmg betul.tepat.

aku dan awek pergi ke besut.satu daerah yang tak pernah aku sampai.awek juga begitu.pergi dengan niat yg murni dan ikhlas.sebelum ke sana aku dah recce dan bertanya sahabat warga terengganu.arah ke sana.masa perjalanan.dan aku betul-betul yakin dan faham dengan penerangan mereka.

kami bertolak dr kuantan jam 8 pagi tepat.tanpa sarapan.begitu teruja dengan perjalanan yg akan kami tempuhi.odometer di kereta telah di set.awek disebelah dengan yakin menjadi petunjuk arah (dia mmg sudah ikat kontrak seumur hidup sebagai petunjuk arah dengan aku.dan tempatnya sudah tentu disebelah aku.eheh)

sampai di mana ntah masing-masing rasa lapar.kami singgah untuk sarapan dan meneruskan perjalanan.sehinggalah kami sampai di satu simpang tiga.di sini lah semua nya bermula.arah kanan menghala ke Dungun.kiri ke Tasik Kenyir.awek penunjuk arah dengan konfiden(dan sedikit bangga rasanya dilantik sebagai penunjuk arah.eheh) mengarah membelok ke arah kanan.aku mula tak sedap hati bila tengok jalan yg dalam pembinaan.dan tiada kereta lain selain kami lalu jalan tu.tapi kami dengan semangat yg kuat kami teruskan juga.sehinggalah kami memasuki jalan pantai barulah kami berasa sedikit lega.ini menunjukkan kami telah memasuki bandar Kuala Terengganu.tapi aku terfikir sahabat warga Terengganu dah ckp kalau ikut Jabor takkan lalu jalan pantai.kami sekali lg berasa curiga.tapi teruskan juga.separuh jalan telah diharungi.


perjalanan yg separuh lagi kami rasakan terlalu jauh.awek penunjuk arah sudah letih.tertidur beberapa kali.akhirnya kami sampai juga ke destinasi dengan niat ikhlas dan murni kami tadi.yaa..kami berjalan begitu jauh ini semata-mata menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat yang telah lama dikenali.susah senang bersama mungkin.membesar dan mengenal dunia bersama mungkin.





pengantin tengah bersanding semasa kami sampai.gembira tgk pengantin dan semua nya selamat.selepas makan dan ramah mesra bersama pengintin kami pon bertolak pulang.tapi mencuba jalan lain.jalan pantai dan hujan lebat turun hampir disepanjang jalan.singgah membeli keropok pun terkocoh-kocoh di dalam hujan yg lebat.mencari penjual satar juga agak melucukan.dan kami selamat sampai di rumah juam 8 malam dengan keadaan lapar dan penat.
kami ucapkan tahniah kepada pakkku dan isteri.semoga berbahgia.panjang umur dan murah rezki.
kami (aku dan awek penunjuk arah) gembira walaupun permandangan kami luas pada hari tersebut.






Jumaat, 9 November 2007

kucar kacir

tiada apa yg nak diucapkan...
hanya lelah...

Rabu, 7 November 2007

pertama

di dedikasi kan kepada ibu, bapa, isteri, kakak, abang dan adik-adik ....