Khamis, 17 Julai 2008

Bagai Burung Pulang Sarang

Bulan 8 ni akan berlaku satu lg peristiwa yang diharapkan akan lebih menceriakan hidup aku@kami.Mungkin lebih membahagiakan.
Aku kembali ke zaman belajar dan zaman awal kerja dulu.Kembali duduk di rumah tinggi.malah lebih tinggi dr dulu.Satu keputusan yg agak berat untuk diambil pada mulanya.Setelah berfikir secara rasional, aku akur.Mungkin ada hikmahnya kami berpindah.Tambahan pula dengan kehadiran org baru dalam keluarga kami, InsyaAllah.
Pintu Depan.Luas Jugakkan.Leh buat 1 bilik.Hihihih
Ruang tamu & Ruang Makan
Permandangan canteek dr balkoni.Nampak tasik beb.Tinggi pon tinggi la.Janji nampak tasik
hihihihih

Bilik ada almari.Save tak yah beli dah

Tapi 1 kerja yg membuatkan aku malas.Kerja nak pindah.Nak kemas-kemas ni aku cukup malas.Semalam start dengan kemas stor.Rupanya masih byk lg hadiah kawen aku 2 tahun lepas yg masih belom dibuka.hihihih.

Dah start kemas ni terasa tak sabar nak masuk umah baru.Burung pun burung la.Janji umah baru ni dekat ngan opis.bawah 5 minit aku dah leh sampai opis dengan jayanya.ha ha ha

Isnin, 7 Julai 2008

Kostum BUKAN Untuk Si Tuah

Hari minggu teman awek pegi scan.Doc Fauziah ckp suma ok.Baby nampaknya sihat.Kedudukan normal.Tak de masalah.

Kami mengucapkan Alhamdulillah.

Doc Fauziah teruskan scan.Dia ckp dah boleh dah cr nama utk baby.Carila nama Nurul ke Nur ke.Memula konfius gak apa maksud doc ni.

Dia teruskan perbualan, katanya "Saya tak boleh nak ckp baby ni lelaki.Tu je saya boleh ckp"
Aku dah faham maksud dia tadi.Kami hanya tersenyum.Menerima dengan syukur dan redha apa sahaja ketentuan di atas rezki yg dikurniakan.

Tambah melucukan Doc Fauziah ckp "Saya ckp cam tu sbb saya tak nampak 'burung terkukur' nya".

Ha ha ha ha

InsyaAllah Kostum yg dibeli berpindah milik kepada Damia.Semoga baby Damia sihat, sempurna dan cute.

Selasa, 1 Julai 2008

Kostum Si Tuah

Cuti hari minggu lepas kami (aku+awek) jalan-jalan cr barang baby.Kalau ikutkan bukan nak beli lg.Just nak recce dulu harga.Nak bajet la kunun.ha ha ha.
Kebetulan kebanyakan pasaraya ada jualan murah barangan baby.Kami belasah je beli beberapa helai baju baby.Mula-mula kami beli baju lobang-lobang (macam baju mamat gay dan mamat perasan bertubuh sasa pakai.ha ha ha).Baju berjenama Disney hanya rm10 sepasang.Murah ke mahai ek?Kami yg tak de pengalaman ni belasah je.Jgn sampai baby lahir tak dak baju nak pakai kang.ha ha ha.
Kami hanya cuba-cuba membeli 3 pasang.Warna yg tinggal di rak jualan hanya warna biru dan pink.Kami memilih biru sbb belom ditentukan boy atau girl.tak kan baby boy nak pakai kaler pink
ha ha ha
Kami bergerak ke Mydin (baby kami bakal memakai baju dr gudang Mydin.Jgn bagi tau dia bila dia dah besar kang.ha ha ha).Beberapa pasang baju dan glove boxing baby juga berjenama(ha ha ha) kami beli.Harga lebih murah.

Meneruskan lawatan ke pusat membeli-belah yg lain.Juga ada jualan murah barangan baby.Awek tak puas hati beli lg sepasang.Ditambah pula dengan comforter baby gambo katun Looneu Tunes yg leh pusing n makan suma benda tu.Apa ke nama nye ek.hi hi hi
Masih byk lg barang perlu kami beli.Tapi kami juga mengharapkan kawan-kawan datanglah ziarah awek dan baby kami bila tiba masanya nanti.
bawalah barang sebiji dua buah tangan.Botol susu ka..
ha ha ha ha.Itu hanyalah gurauan semata-mata!
Kami hanya mengharapkan doa dr kawan-kawan semua semoga semuanya selamat.Awerk dan baby sihat.Membesar sebagai JUARA!!

Back To The Future - Nostalgia 1998

Tahun 1998 aku kat ITM Permatang Pasir.Dalam tahun ni jugak la gerakan reformasi dimulakan atas sebab yg tak perlu diceritakan lg.

Kawasan ITM Permatang pasir terletak dlm Parlimen Permatang Pauh.Lanskap nya hanyalah bangunan sekolah.Standart bangunan sekolah binaan tahun 1990-an.Kawasan sedikit berbukit menjadikan lanskap sedikit menarik.Tangki air dibina di atas bukit yg dapat dilihat dr jauh.

Tahun 1998- Ketika negara gempar dengan berita tersebut, ITM juga gempar dengan contengan tulisan yg tidak sepatutnya di Tangki Air tersebut.Ia nya dapat dilihat dari jauh.Seluruh Warga ITM sibuk memperkatakannya.

Kini tahun 2008, peristiwa hampir sama berlaku.Tapi kali ni ITM di Permatang Pasir sudah berpindah.