Khamis, 17 Julai 2008

Bagai Burung Pulang Sarang

Bulan 8 ni akan berlaku satu lg peristiwa yang diharapkan akan lebih menceriakan hidup aku@kami.Mungkin lebih membahagiakan.
Aku kembali ke zaman belajar dan zaman awal kerja dulu.Kembali duduk di rumah tinggi.malah lebih tinggi dr dulu.Satu keputusan yg agak berat untuk diambil pada mulanya.Setelah berfikir secara rasional, aku akur.Mungkin ada hikmahnya kami berpindah.Tambahan pula dengan kehadiran org baru dalam keluarga kami, InsyaAllah.
Pintu Depan.Luas Jugakkan.Leh buat 1 bilik.Hihihih
Ruang tamu & Ruang Makan
Permandangan canteek dr balkoni.Nampak tasik beb.Tinggi pon tinggi la.Janji nampak tasik
hihihihih

Bilik ada almari.Save tak yah beli dah

Tapi 1 kerja yg membuatkan aku malas.Kerja nak pindah.Nak kemas-kemas ni aku cukup malas.Semalam start dengan kemas stor.Rupanya masih byk lg hadiah kawen aku 2 tahun lepas yg masih belom dibuka.hihihih.

Dah start kemas ni terasa tak sabar nak masuk umah baru.Burung pun burung la.Janji umah baru ni dekat ngan opis.bawah 5 minit aku dah leh sampai opis dengan jayanya.ha ha ha

Tiada ulasan: