Rabu, 27 Februari 2008

Pilih lah saya - IV

27 Februari, 2008 16:30 PM

Isu Honararium Dan Undi Di Parlimen Putrajaya
Oleh Jamaluddin Mohamad Putrajaya, 27 Feb (Bernama) -- Ketika rata-rata kakitangan awam di Putrajaya masih menaruh harapan untuk mendapat bayaran honorarium, calon pilihan raya yang akan bertanding di kerusi Parlimen itu pula lebih mengharapkan undi mereka.Dengan 6,000 kakitangan awam merupakan kira-kira 90 peratus daripada sejumlah 6,608 pengundi di kawasan Parlimen itu, undi mereka adalah penting untuk menentukan calon mana yang akan memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 8 Mac ini.Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dijangka menemui Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam beberapa hari ini bagi membincangkan mengenai permintaan kongres itu agar kerajaan memberi honararium sebanyak RM2,000 seorang kepada 1.02 juta kakitangan awam, memandangkan mereka tidak mendapat bonus pada tahun lepas setelah menerima kenaikan gaji.Pada mulanya, isu itu agak 'sejuk' apabila Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata sebagai penjawat awam beliau berasa segan untuk membawa perkara itu kepada perhatian Abdullah kerana kerajaan telah memberi kenaikan gaji antara 7.5 dan 35 peratus pada Julai tahun lepas dan 100 peratus kenaikan untuk bantuan sara hidup (Cola).Kenaikan gaji kakitangan awam itu membabitkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM6.8 bilion setahun manakala Cola pula RM1.2 bilion.Bagaimanapun, orang nombor satu dalam perkhidmatan awam, Abdullah, baru-baru ini memberi bayangan bahawa pintu perbincangan mengenai perkara itu masih terbuka dan beliau bersedia berjumpa Cuepacs, yang memberi sedikit kegembiraan dan harapan kepada kakitangan awam.Honorarium menjadi isu di kawasan Parlimen Putrajaya, bukan dibangkitkan kakitangan awam tetapi calon PAS Mohamad Noor Mohamad yang cuba merampas kerusi itu daripada penyandang Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.Walaupun sehingga kini tiada keputusan dibuat kerajaan mengenai kedudukan permintaan Cuepacs itu, PAS menggunakan isu itu dengan mengatakan bahawa ia adalah satu penghinaan kepada kakitangan awam."Kegagalan memberi honararium adalah satu penghinaan kepada kakitangan awam dan menunjukkan kerajaan tidak mengiktiraf sumbangan mereka, yang selama ini berkhidmat dengan kerajaan," kata Mohamad Noor yang juga Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan.Dengan mesej itu, Mohamad Noor berharap dapat meraih undi bagi pihaknya.Penganalisis politik Prof Madya Dr Mohamed Mustaffa Ishak tidak fikir isu itu boleh menukar undi kakitangan awam memandangkan mereka memahami dengan jelas mengenai perkara itu.Walaupun beliau merasakan perdana menteri perlu mengumumkan 'berita baik', tidak mungkin Abdullah akan mengumumkannya dalam tempoh dua tiga hari ini memandangkan kerajaan sementara tidak boleh membuat dasar dan bajet."Saya tidak nampak sebab kukuh untuk pengundi menukar fikiran mereka walaupun tanpa pengumuman honorarium." katanya.Lebih-lebih lagi, beliau berkata kakitangan awam di kawasan Parlimen itu telah disediakan dengan pelbagai kemudahan termasuk kuarters mewah yang tidak terdapat di tempat lain di negara ini selain menikmati kenaikan gaji dan Cola."Pengundi Putrajaya sangat penting memandangkan mereka menunjukkan gambaran sikap kakitangan awam terhadap parti pemerintah," katanya.-- BERNAMA


aku petik ayat terakhir.."Pengundi Putrajaya sangat penting memandangkan mereka menunjukkan gambaran sikap kakitangan awam terhadap parti pemerintah,"

sikap macam mana yg dia gambarkan.ish..aku malas la nak tulis panjang.

sokong la kerajaan.tapi mana ada kerajaan skarang ni..

Pilih lah saya -III

Aku melayu asli...


Berkaaattt...salamaaatt Pak Lah...

aku akan pulang mengundi....

Pilih lah saya-II


betui ke nih?

ni bukan kempen ekk

aku kan ahli UMNO seumur hidup..hihi

tapi undi lom tentu lg...

Jumaat, 15 Februari 2008

Pilih lah saya

marilah mari pergi mengundi
tunaikan kewajipan pada negara

tak sabar aku nak dengar lagu tu keluar tv
tertunggu-tunggu aku
dah lama tak dengar lagu tu

aku jugak tak sabar nak balik mengundi
aku kan dalam kawasan parlimen Pak Lah
kena la balik mengundi

pilihanraya yang lepas aku balik leh claim duit
pilihanraya yang lepas jugak aku bertugas sebagai penggantung sepanduk dan poster
meriah...
tahun ni aku sebagai pemerhati je kot

kita kena pastikan BN menang lagi tahun ni
semata-mata untuk saguhati kakitangan kerajaan
ha ha ha