Isnin, 12 November 2007

jauh perjalanan luas permandangan



itu la yg org tua-tua ckp.mmg betul.tepat.

aku dan awek pergi ke besut.satu daerah yang tak pernah aku sampai.awek juga begitu.pergi dengan niat yg murni dan ikhlas.sebelum ke sana aku dah recce dan bertanya sahabat warga terengganu.arah ke sana.masa perjalanan.dan aku betul-betul yakin dan faham dengan penerangan mereka.

kami bertolak dr kuantan jam 8 pagi tepat.tanpa sarapan.begitu teruja dengan perjalanan yg akan kami tempuhi.odometer di kereta telah di set.awek disebelah dengan yakin menjadi petunjuk arah (dia mmg sudah ikat kontrak seumur hidup sebagai petunjuk arah dengan aku.dan tempatnya sudah tentu disebelah aku.eheh)

sampai di mana ntah masing-masing rasa lapar.kami singgah untuk sarapan dan meneruskan perjalanan.sehinggalah kami sampai di satu simpang tiga.di sini lah semua nya bermula.arah kanan menghala ke Dungun.kiri ke Tasik Kenyir.awek penunjuk arah dengan konfiden(dan sedikit bangga rasanya dilantik sebagai penunjuk arah.eheh) mengarah membelok ke arah kanan.aku mula tak sedap hati bila tengok jalan yg dalam pembinaan.dan tiada kereta lain selain kami lalu jalan tu.tapi kami dengan semangat yg kuat kami teruskan juga.sehinggalah kami memasuki jalan pantai barulah kami berasa sedikit lega.ini menunjukkan kami telah memasuki bandar Kuala Terengganu.tapi aku terfikir sahabat warga Terengganu dah ckp kalau ikut Jabor takkan lalu jalan pantai.kami sekali lg berasa curiga.tapi teruskan juga.separuh jalan telah diharungi.


perjalanan yg separuh lagi kami rasakan terlalu jauh.awek penunjuk arah sudah letih.tertidur beberapa kali.akhirnya kami sampai juga ke destinasi dengan niat ikhlas dan murni kami tadi.yaa..kami berjalan begitu jauh ini semata-mata menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat yang telah lama dikenali.susah senang bersama mungkin.membesar dan mengenal dunia bersama mungkin.





pengantin tengah bersanding semasa kami sampai.gembira tgk pengantin dan semua nya selamat.selepas makan dan ramah mesra bersama pengintin kami pon bertolak pulang.tapi mencuba jalan lain.jalan pantai dan hujan lebat turun hampir disepanjang jalan.singgah membeli keropok pun terkocoh-kocoh di dalam hujan yg lebat.mencari penjual satar juga agak melucukan.dan kami selamat sampai di rumah juam 8 malam dengan keadaan lapar dan penat.
kami ucapkan tahniah kepada pakkku dan isteri.semoga berbahgia.panjang umur dan murah rezki.
kami (aku dan awek penunjuk arah) gembira walaupun permandangan kami luas pada hari tersebut.






2 ulasan:

purple_butterfly berkata...

seems like 'awek penunjuk arah' needs to be blamed!!

siew berkata...

hahahahahaha
tak bermaksud cam tu le
sumpah...ehehe