Selasa, 20 November 2007

mari bersenam


Lama sungguh aku tak bersenam.dulu ada juga ke gym.lepas tu hilang terus semangat.dulu-dulu di tempat lama ramai kaki untuk sama-sama main badminton setiap minggu.sekarang aku lebih senang balik rumah dan menonton tv saja.haha.

weekend lepas awek berjauhan mengajak membeli sarapan.tapi sambil joging katanya.aku ikut saja.lg pun lama tak bersenam.aku rasa aku dah semakin gemuk.haha.kasut sukan mmg dah disimpan rapi di dalam kereta.kali terakhir digunakan semasa mengikut awek ke perkhemahan bersepadu sekolahnya.lama dulu.

kami memulakan aktiviti sihat kami dengan berjalan perlahan.kadang-kadang sedikit laju.kami mengambil jalan yg agak jauh untuk sampai ke gerai nasi lemak.penat juga rasanya.tapi balik bukan saja nasi lemak menjadi mangsa.roti canai juga.haha

ptg nya aku berbasikal pula.tapi berseorangan.awek ada hal perlu dibereskan.kayuhan pertama agak bersemangat.separuh jalan terasa kepenatan teramat.mungkin aku perlu kurangkan 'mencemar alam' agaknya.

ahad pula kami berehat.penat semalam masih belum habis.haha.tapi awal-awal lg awek dah mengajak untuk ke TC sebelah petangnya berjoging sambil mengexplore kamera yang akan aku gunakan untuk satu majlis yg besar.aku sudah diberi mandat.kami ambil gambar pantai, hutan, batu-batu besar, org berdating juga, dan semestinya gambar kami berdua bersilih ganti.haha

harap-harap aktiviti sihat ini berterusan.untuk kesihatan bersama.apa tunggu lagi?jom bersenam!

1 ulasan:

Zana berkata...

hmm..manadia pic yg dah capture tu? boh la kat sini skit nak tgk...
manatau bleh ambik upah nnt...