Selasa, 11 November 2008

Cik DD dah tembam

Minggu lepas pegi seminar kat penang.Dok kat Tanjung Bungah Beach Hotel.Tempat yg menarik la juga.


Tak dak benda yg menarik pon.Bertambah jadi tak menarik tak dak rezeki menang HP PDA bernilai hampir rm 1500 dalam aktiviti kumpulan.Hanya dapat kamera pc.Lucky draw pada malam last dinner pon tak dpt pape.

Lepas abis seminar balik kampung sampai Ahad.So dah 2 minggu tak jumpa awek dan cik DD.Semalam buat video call ngan awek tgk cik DD dah makin tembam.ehehehe..

Minggu ni nak balik nak colek awek dtg sini terus.Leh la jalan-jalan weekend.ehehe




Khamis, 30 Oktober 2008

Malam Anugerah

Si Daddy kasi aku satu anugerah.Anugerah Blog Paling Sedap katanya.Ntah mcm mana skima pemarkahan yg dia pakai pon aku tak tau.Siapa juri-juri nya, berapa peratus markah dari undian Sms, suma aku tak tau.Mungkin pengalaman seorang guru membuatkan Si daddy ni terer bab-bab pemarkahan ni.Jadi Terpulang la pada dia...Tima kasih diucapkan

Tapi Daddy...aku mengharapkan anugerah diberi pada malam semua jemputan wanita memakai gaun malam kain terbelah sampai menampakkan peha yg putih gebu.mendedahkan 2/3 bahagian dada dan ia direka oleh pereka fesyen tempatan.(ini bukan imaginasi lucah!)

Dan anugerah harapnya disampaikan oleh David Teo dan Ahmad Idham...

Back To School

Hari ni & esok aku peksa.Br lepas tadi paper umum.Nak kata leh jawab tak la jugak.Belasah je la.untuk esok lg mencabar.Buku Kanun kaler biru nak kena baca.Aduhai...ni kali kedua amik ni.ha ha ha

Kenapala kena peksa jugak bila dah keje ni.sapa yg pandai-pandai buat idea cam ni.

Selasa, 28 Oktober 2008

macha..you give him wing (update)


Bos : Deii machaa..why you always take overtime hah?
Macha : What to do?My son want one of this.
Bos : If you work overtime your whole life also haa..the most you can buy the wing lah!
macha : Bos, if I make more money, I will buy him more books..

Iklan ni bagus ek.Mengingatkan aku zaman kecik-kecik.Batapa susahnya mak ayah kita cari rezeki nak sekolahkan anak-anak.

Dlm iklan ni Macha ni bukan berkasar dengan anak dia.Tu tegas.Kalau tak tegas anak dia tak jadi le pilot.Mcm ayah aku tegas.Tapi seingat aku tak pernah dia angkat tangan kaki ke anak-anak.Tegas just dengan kata-kata.Tegas dia sampai anak-anak dah beso pon cam takut lg ngan dia.Padahal dia dah cool.Rilek-rilek je dah dia la ni.Anak-anak suma dah besar.Buat apa nak tegas lg.Rilek-rilek main ngan cucu je la.

Cam mana la aku plak nanti ek...

**Iklan ni lg bagus dr iklan yg Aflin berlakon tu.Hampeh....

***Iklan Petronas untuk Aidilfitri lepas pon hampeh.Aku perhatikan iklan tu gagal dlm 2 aspek.Dialog dan pelakon.Ada ke boleh mak dia tanya anak dia,"Man posa dak hr ni?"dan bulan posa tak nak nak tanya.anak dia bukan tak baligh lagi.Aspek pelakon plak, Maria Arshad tu tak sesuai berlakon jadik mak, watak mak di musim raya hanya sesuai dipegang oleh Fauziah nawi.tak kira la iklan tv ke radio ke drama ke filem ke.watak anak plak hanya sesuai dipegang oleh Rosyam Nor.Ha ha ha.Kalau Raya je manjang muka depa...

Jumaat, 24 Oktober 2008

asyik-asyik makan


1. Syawal tak abis lg ek?Selagi belum berakhir Syawal ni selagi tu la ada makan-makan.Macam melepaskan geram pulak sbb bulan Ramadhan dah habis.Selagi ada jemputan pegi je la.

2.Lama tak nampak pelangi.Hr tu lepas hujan br nampak pelangi.View dr umah.Dulu kecik-kecik kalau nampak pelangi org cakap jgn tunjuk.Nantu kudung jadi.Kalau tak nak kudung isap balik jari tu.Ha ha ha.Kat mana kaki pelangi ek?

3.Snap dr atas bas nak balik Kuantan.Hari hujan.Ni sg Kelang/Gombak.Air deras dan kotor.Kotor betul ek sungai kat Malaysia ni.Ni menandakan kita rakyat Malaysia ni pengotor!



Selasa, 21 Oktober 2008

Gila Kerja = Kerja Gila

1. Mula kerja kena hantar kat HQ Johor.Duduk rumah kampeni.Masa tu tak dak transpot nak pi keja.Kena naik bas.Keluar rumah pukul 6.15 pagi.Jalan kaki dalam 15 minit nak ke bus stop.Pernah kena kejar anjing.Sampai bus stop tunggu bas.Naik bas tambang RM2.Turun bas jalan kaki lg dalam 20 minit.Baru sampai ofis.Balik kerja pon sama.Turun bas terus tapau makan malam dan balik.

2.Pindah branch kat KL.Ofis hour 9-6.Tapi aku kerja dari pukul 9 pagi sampai 6 pagi.Tido sekejap, bangun buat kerja lagi.Bangun kena on-time sbb budak lain masuk pagi.Berbulan-bulan tido ofis.Telefon ofis jadi cam harta sendiri.Tiada istilah hujung minggu.Lagi gila masa buat tender untuk kerja kat Timur Tengah.Buat cam nak gila tapi tak dapat pon.Tapi balik kampung mak ckp 'kata byk kerja, tapi makin berisi'.Ha ha ha

3.Lompat kampeni baru.Memula ok, tapi ada sekali tu bos marah aku marah dia balik.Tapi dalam phone je la.Depan-depan tak berani gak.Lepas tu terus giat cr kerja baru.Ha ha ha

4.Pindah balik Penang.Kononnya nak duduk kampung.Kerja tak dapat dijiwai pon.Cam haram pon ada rasanya.Dikelilingi bangsa lain.Rasa cam aku kerja kat negara asing.Tapi dah duduk kampung sonok bukan main.Pernah pi Kl atas urusan kerja tapi balik hari.Pi pukul 11 pagi, sampai Penang balik kul 11 mlm.Bawak kete cam org gila.Sampai Taiping kena saman.Punya gila.

5.Lagi gila boleh plak pindah keja balik luar Penang.Yang paling gilanya tempat baru ni kerja pon tak dak.

Selasa, 7 Oktober 2008

Budak Kecik Kuat Minum Susu


Nur Damia Delisha