
Selasa, 7 Oktober 2008
Rabu, 1 Oktober 2008
Rahmat Ramadhan Paling Besar
Aidilfitri disambut sederhana.Takbir meniti dibibir setiap insan.Bergembira dan berpakaian baju melayu warna biru yang baru.Sederhana tetapi masih meriah.
Rahmat Ramadhan kali ini amat dirasai.Syukur dipanjatkan kepada yang Esa.Rahmat yang dinanti dikurniakan yang Maha Esa di bulan mulia ini.Rahmat Ramadhan ini akan meninggalkan kesan yang mendalam.
Takbir Aidilfitri mengagungkan Yang Maha Esa kadang kala membuat hati menjadi sayu.Sayu mengenangkan Rahmat Ramadhan Paling Besar ini.
************************************************************************************
Tepat jam 11.35 pagi, 29 September 2008 (29/09/08) bersamaan 29 Ramadhan 1429H (29/09/1429) seorang bayi perempuan telah dikurniakan dan dipinjamkan oleh Allah kepada kami untuk menggembirakan kami.Nur Damia Delisha (cahaya kebijaksanaan yang menggembirakan) nama kami berikan sempena kegembiraan yang Allah berikan kepada kami.Semoga dia akan menjadi insan yang menggembirakan kami dan sekelilingnya selama-lamanya.
* jam 12.05 malam.Baby Damia masih belum tidur dan masih menangis.Tapi dia masih menggembirakan.
** kak na dah berpesan, bersedialah untuk tak cukup tidur selama beberapa bulan.Alahai...
Rabu, 24 September 2008
Ustaz Zamri Bercerita...

Kedai Kopi Kawan
Ramadhan kali ni sempat juga iftar ngan kawan-kawan kat luar.Kedai Kopi Kawan kat Bangi.Org kata Ezah Aziz Fauzi owner nya.RM 15 seorang agak berbaloi.
Baiklah kita berjumpa lg selepas ini dalam apa adik-adik..........
Ustaz Zamri......Bercerita......
Isnin, 15 September 2008
Dendang Perantau


Minggu lepas hantar kad raya ke mak ayah kat penang.Awek ckp apsal tulis pendek je.Abistu tak nak tulis anakanda sgt sedih kerana tidak dpt pulang berhari raya bersama ayahanda dan bonda.....ehehehe....
Pastu tepon mak.Maka kata dah sampai kad.Tapi apasal awal beno...alahaaaiiiii......mak tak sedih pon...
Khamis, 17 Julai 2008
Bagai Burung Pulang Sarang
Aku kembali ke zaman belajar dan zaman awal kerja dulu.Kembali duduk di rumah tinggi.malah lebih tinggi dr dulu.Satu keputusan yg agak berat untuk diambil pada mulanya.Setelah berfikir secara rasional, aku akur.Mungkin ada hikmahnya kami berpindah.Tambahan pula dengan kehadiran org baru dalam keluarga kami, InsyaAllah.
Pintu Depan.Luas Jugakkan.Leh buat 1 bilik.Hihihih
Ruang tamu & Ruang Makan
Permandangan canteek dr balkoni.Nampak tasik beb.Tinggi pon tinggi la.Janji nampak tasik
Bilik ada almari.Save tak yah beli dah
Tapi 1 kerja yg membuatkan aku malas.Kerja nak pindah.Nak kemas-kemas ni aku cukup malas.Semalam start dengan kemas stor.Rupanya masih byk lg hadiah kawen aku 2 tahun lepas yg masih belom dibuka.hihihih.
Dah start kemas ni terasa tak sabar nak masuk umah baru.Burung pun burung la.Janji umah baru ni dekat ngan opis.bawah 5 minit aku dah leh sampai opis dengan jayanya.ha ha ha
Isnin, 7 Julai 2008
Kostum BUKAN Untuk Si Tuah
Kami mengucapkan Alhamdulillah.
Doc Fauziah teruskan scan.Dia ckp dah boleh dah cr nama utk baby.Carila nama Nurul ke Nur ke.Memula konfius gak apa maksud doc ni.
Dia teruskan perbualan, katanya "Saya tak boleh nak ckp baby ni lelaki.Tu je saya boleh ckp"
Aku dah faham maksud dia tadi.Kami hanya tersenyum.Menerima dengan syukur dan redha apa sahaja ketentuan di atas rezki yg dikurniakan.
Tambah melucukan Doc Fauziah ckp "Saya ckp cam tu sbb saya tak nampak 'burung terkukur' nya".
Ha ha ha ha
InsyaAllah Kostum yg dibeli berpindah milik kepada Damia.Semoga baby Damia sihat, sempurna dan cute.
Selasa, 1 Julai 2008
Kostum Si Tuah

Cuti hari minggu lepas kami (aku+awek) jalan-jalan cr barang baby.Kalau ikutkan bukan nak beli lg.Just nak recce dulu harga.Nak bajet la kunun.ha ha ha.