Rabu, 27 Februari 2008

Pilih lah saya - IV

27 Februari, 2008 16:30 PM

Isu Honararium Dan Undi Di Parlimen Putrajaya
Oleh Jamaluddin Mohamad Putrajaya, 27 Feb (Bernama) -- Ketika rata-rata kakitangan awam di Putrajaya masih menaruh harapan untuk mendapat bayaran honorarium, calon pilihan raya yang akan bertanding di kerusi Parlimen itu pula lebih mengharapkan undi mereka.Dengan 6,000 kakitangan awam merupakan kira-kira 90 peratus daripada sejumlah 6,608 pengundi di kawasan Parlimen itu, undi mereka adalah penting untuk menentukan calon mana yang akan memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 8 Mac ini.Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dijangka menemui Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam beberapa hari ini bagi membincangkan mengenai permintaan kongres itu agar kerajaan memberi honararium sebanyak RM2,000 seorang kepada 1.02 juta kakitangan awam, memandangkan mereka tidak mendapat bonus pada tahun lepas setelah menerima kenaikan gaji.Pada mulanya, isu itu agak 'sejuk' apabila Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata sebagai penjawat awam beliau berasa segan untuk membawa perkara itu kepada perhatian Abdullah kerana kerajaan telah memberi kenaikan gaji antara 7.5 dan 35 peratus pada Julai tahun lepas dan 100 peratus kenaikan untuk bantuan sara hidup (Cola).Kenaikan gaji kakitangan awam itu membabitkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM6.8 bilion setahun manakala Cola pula RM1.2 bilion.Bagaimanapun, orang nombor satu dalam perkhidmatan awam, Abdullah, baru-baru ini memberi bayangan bahawa pintu perbincangan mengenai perkara itu masih terbuka dan beliau bersedia berjumpa Cuepacs, yang memberi sedikit kegembiraan dan harapan kepada kakitangan awam.Honorarium menjadi isu di kawasan Parlimen Putrajaya, bukan dibangkitkan kakitangan awam tetapi calon PAS Mohamad Noor Mohamad yang cuba merampas kerusi itu daripada penyandang Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.Walaupun sehingga kini tiada keputusan dibuat kerajaan mengenai kedudukan permintaan Cuepacs itu, PAS menggunakan isu itu dengan mengatakan bahawa ia adalah satu penghinaan kepada kakitangan awam."Kegagalan memberi honararium adalah satu penghinaan kepada kakitangan awam dan menunjukkan kerajaan tidak mengiktiraf sumbangan mereka, yang selama ini berkhidmat dengan kerajaan," kata Mohamad Noor yang juga Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan.Dengan mesej itu, Mohamad Noor berharap dapat meraih undi bagi pihaknya.Penganalisis politik Prof Madya Dr Mohamed Mustaffa Ishak tidak fikir isu itu boleh menukar undi kakitangan awam memandangkan mereka memahami dengan jelas mengenai perkara itu.Walaupun beliau merasakan perdana menteri perlu mengumumkan 'berita baik', tidak mungkin Abdullah akan mengumumkannya dalam tempoh dua tiga hari ini memandangkan kerajaan sementara tidak boleh membuat dasar dan bajet."Saya tidak nampak sebab kukuh untuk pengundi menukar fikiran mereka walaupun tanpa pengumuman honorarium." katanya.Lebih-lebih lagi, beliau berkata kakitangan awam di kawasan Parlimen itu telah disediakan dengan pelbagai kemudahan termasuk kuarters mewah yang tidak terdapat di tempat lain di negara ini selain menikmati kenaikan gaji dan Cola."Pengundi Putrajaya sangat penting memandangkan mereka menunjukkan gambaran sikap kakitangan awam terhadap parti pemerintah," katanya.-- BERNAMA


aku petik ayat terakhir.."Pengundi Putrajaya sangat penting memandangkan mereka menunjukkan gambaran sikap kakitangan awam terhadap parti pemerintah,"

sikap macam mana yg dia gambarkan.ish..aku malas la nak tulis panjang.

sokong la kerajaan.tapi mana ada kerajaan skarang ni..

Pilih lah saya -III

Aku melayu asli...


Berkaaattt...salamaaatt Pak Lah...

aku akan pulang mengundi....

Pilih lah saya-II


betui ke nih?

ni bukan kempen ekk

aku kan ahli UMNO seumur hidup..hihi

tapi undi lom tentu lg...

Jumaat, 15 Februari 2008

Pilih lah saya

marilah mari pergi mengundi
tunaikan kewajipan pada negara

tak sabar aku nak dengar lagu tu keluar tv
tertunggu-tunggu aku
dah lama tak dengar lagu tu

aku jugak tak sabar nak balik mengundi
aku kan dalam kawasan parlimen Pak Lah
kena la balik mengundi

pilihanraya yang lepas aku balik leh claim duit
pilihanraya yang lepas jugak aku bertugas sebagai penggantung sepanduk dan poster
meriah...
tahun ni aku sebagai pemerhati je kot

kita kena pastikan BN menang lagi tahun ni
semata-mata untuk saguhati kakitangan kerajaan
ha ha ha

Selasa, 29 Januari 2008

misteri mimpi ayah

hujung minggu lepas ayah telefon.ayah ckp tahniah atas berita gembira.ayah ckp jg kesihatan (utk awek).ayah ckp doa dan bykn kan amal (utk kami terutamanya aku.ehe)

tiba-tiba ayah tanya.

'sihat ke?'

'alhamdulillah' kata aku

'ok la ayah mimpi kamu semalam.kalo suma sihat tak ngape la'

'mimpi apa?' tanya aku.start konpius dah

'tak de apa la kalo dah sihat suma.ok la'

-stop-

hhmmmmm...mimpi lg
tapi kali ni lg misteri
ayah yg mimpi

Rabu, 16 Januari 2008

batik

Semalam Tan Sri KSN mengumumkan pemakain batik diwajibkan pada setiap hr khamis.wah..setiap minggu.berbanding hanya pada 1 & 15hb setiap bulan sebelum ni.
aku sebagai salah seorang kuli kepada kerajaan harem tak pernah pakai baju batik.rasa geli je nak pakai.lg pun aku malas nak pakai sbb aku mungkin kena pegi site.tak kan pegi site pakai baju batik pakai safety boots.apa kejadahnya.cam pak menteri dtg lawat projek.buat upacara pecah tanah.dan sebab terbesar aku tak pakai sebabnya aku tak de pon baju batik tu.ha ha ha
tapi aku (bukan aku je, kakitangan gomen yg lain juga) mengharapkan pengumunan lain selain pemakaian batik tu dari Tan Sri KSN.tentunya pengumuman saguhati menggantikan bunus.pengumuman yg ditunggu-tunggu.tapi tak kunjung tiba pun.kami masih mengharap.jawab Tan Sri KSN beliau masih belum berbincang dengan PM.jadi, kita tunggu saje la.
kalo ada saguhati tu br lah boleh aku beli baju batik.paham-paham je la baju batik bukannya murah.lain lah batik siam or batik jawa.kat maidin byk yg murah-murah.ni batik malaysia.mahainya berkali ganda dari yang diimport.kalau ada saguhati tu boleh lah aku bergaya ke tapak projek dengan berbatik
ha ha ha ha

Rabu, 9 Januari 2008

sms

'salam bro, ko ok ke?aku mimpi ko mati la malam tadi.ko lawan ngan setan'
sms aku terima sesudah solat subuh jumaat lepas.sms dr sahabat dr opis lama.
hati ada sket tak sedap baca sms tu.
'cam ne rupa setan?' aku reply.cuba menyedapkan hati ngan soalan bodo
'ko bersilat ngan setan, darah kuar ikut mulut n telinga.pastu mati' balas sahabat
aku terus siap-siap pegi keje.bw kete pon berhati-hati sangat.hati tambah tak sedap bila pikir hr ni hari jumaat.kalaulah betui ajal aku hr ni insyaAllah lepas siksa kubur.tapi sapa aku Allah nak kasi keistimewaan cam tu kat aku.masih teringat sms tu.sampai opis sahabat call.
'ko ok ke?'-sahabat
'ok je.pesal?'-aku
'dak la aku mimpi ko mati'
'hahahahaha'-gelak cover.padahal hati tak berapa nak sedap.
'hang ada blajo ilmu ape?' aku tanya
'mana ada.tapi aku mimpi tu real gila'katanya dengan penuh semangat
'aku tak perasan plak cam ne rupa setan tu' sambil gelak
'aku mmg lawan ngan setan pon pagi tadi.lawan sbb setan goda aku suh tarik slimut.jgn solat subuh.tapi aku menang beb'
aku membalas
'HA HA HA HA' kami sama-sama gelak.
perbualan berhenti disitu...
tapi sepanjang hari aku kat opis aku dok pikir pasal benda ni je.lagi-lagi aku nak balik kuantan dengan bas malam nya.
abis keje terus balik rumah dan siap-siap nak ke pudu naik bas
bas jam 8.30.dlm jam 6.30 hujan start turun.makin lebat.aku amik keputusan nak redah je naik moto dlm ujan lebat gila tu.tapi dlm hati serba salah.tringat lg sms tu.dlam hati dok maki sahabat tu 'celaka nye azam'
aku maki dia dlm hati.hahahahaha
aku redah gak ujan takut tak sempat naik bas.jalan depan rumah dah naik air.cam banjir.aku redah gak.tiba-tiba moto aku mati pulak.maybe masuk air.dlm hujan lebat tu aku terpikir.apa la nasib aku hr ni.ehehehe.otak dah xleh pikir.serabut gila time tu.
tolak moto balik rumah.turun naik bukit aku menolak.penatnya usah cerita la.dalam ujan lebat plak tu.sekali kete lalu sebelah air terpercik plak.
otak tak leh pikir lg.sms tu menghantui aku lg.cilakak.haha.
sampai rumah aku terus start kete.terus menghala ke stesen ERL.tapi dlm perjalanan tepon awek.tanya cam ne.awek ckp naik kete je la....
aku ikut ckp awek.tapi sepanjang jln otak masih tak leh pikir lain selain sms tu.sepanjang jalan dok berdoa supaya Allah panjangkan umur aku.tapi kete bw laju gak la.nak cepat sampai.haha.
Alhamdulillah selamat sampai.sampai kuantan tunnjuk sms kat awek.awek ckp kalo mimpi mati maknanya panjng umur.mintak-mintak nya cam tu le.
pengajarannya, kalau kita mimpi pelik-pelik pasal org lain jgn diceritakan.kang tak pasal-pasal hidup org tu kucar kacir.hahaha