Selasa, 25 Mac 2008

kuasa

malam tadi aku layan cerita Sarjan Hassan.ntah berapa kali aku tgk cite ni.tapi malam tadi aku terfikir lepas tgk satu watak tu.

"Buang" nama watak tu.mamat ni budak kg.geng ngan Jins Shamsudin kat kg.suka ejek si Hassan pengecut sbb Hassan tak pegi jadi askar.

Masa jepun dtg Tanah Melayu si Buang nih jadi tali barut Jepun.Dia pi jumpa Jepun.Dia mintak jadi tali barut.Dia kenal org kg semua katanya.Master Jepun tu pon ckp."Lu jadik Kempetai la".Buang suka gila.Sblm balik Buang tanya Master Jepun.'Master kalau saya jadi Kempetai saya punya pangkat besar ka?"
Master jawab "besar...mcm Master jugak la"

Kembang-kembang la hidung si Buang sbb dapat pagkat besar...kuasa besar...

Last skali scene buang lawan tumbuk ngan Hassan.Hassan kalah kena tikam.dan Sarjan Hassan pon berkata....
"Saudaraku sekampung sekalian.jgnlah jadi seperti org ini(Buang).org cam ni la perosak bangsa dan keturunan.walaupon Bangsa kita masih MUDA.aku tidak peduli semua tu"-lebih kurang gitu le dialognya.

Tu zaman dulu.zaman P.Ramlee.lama dah tu.zaman tu pon org dah gila kuasa.Zaman sekarang mcm mana?
lg dasyat la aku rasa.lg-lg semenjak pilihanraya nih.tgk je la apa jadik kat sesetengah negeri.suma org nak kuasa.

terengganu pon sama.masih belum selesai.kuasa punya cerita.yg bekas MB plak berlakon baik.Taat.percaya qada' dan qadar konon.tapi bila org dia buat kacau dia tak ckp apa pon.sanggup menipu bangsa sendiri untuk kepentingan.dia ni lg teruk pada si Buang tali barut jepun tu.Gila kan kuasa sampai lawan Sultan.

tu cerita masa Bangsa kita sudah semakin matang.dan semakin tua.ingatkan dikala bangasa dah semakin matang bangsa lebih maju dan bersatu.tapi masih ramai lg yg gilakan KUASA sampai pijak bangsa sendiri.....

Rabu, 27 Februari 2008

Pilih lah saya - IV

27 Februari, 2008 16:30 PM

Isu Honararium Dan Undi Di Parlimen Putrajaya
Oleh Jamaluddin Mohamad Putrajaya, 27 Feb (Bernama) -- Ketika rata-rata kakitangan awam di Putrajaya masih menaruh harapan untuk mendapat bayaran honorarium, calon pilihan raya yang akan bertanding di kerusi Parlimen itu pula lebih mengharapkan undi mereka.Dengan 6,000 kakitangan awam merupakan kira-kira 90 peratus daripada sejumlah 6,608 pengundi di kawasan Parlimen itu, undi mereka adalah penting untuk menentukan calon mana yang akan memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 8 Mac ini.Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dijangka menemui Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam beberapa hari ini bagi membincangkan mengenai permintaan kongres itu agar kerajaan memberi honararium sebanyak RM2,000 seorang kepada 1.02 juta kakitangan awam, memandangkan mereka tidak mendapat bonus pada tahun lepas setelah menerima kenaikan gaji.Pada mulanya, isu itu agak 'sejuk' apabila Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata sebagai penjawat awam beliau berasa segan untuk membawa perkara itu kepada perhatian Abdullah kerana kerajaan telah memberi kenaikan gaji antara 7.5 dan 35 peratus pada Julai tahun lepas dan 100 peratus kenaikan untuk bantuan sara hidup (Cola).Kenaikan gaji kakitangan awam itu membabitkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM6.8 bilion setahun manakala Cola pula RM1.2 bilion.Bagaimanapun, orang nombor satu dalam perkhidmatan awam, Abdullah, baru-baru ini memberi bayangan bahawa pintu perbincangan mengenai perkara itu masih terbuka dan beliau bersedia berjumpa Cuepacs, yang memberi sedikit kegembiraan dan harapan kepada kakitangan awam.Honorarium menjadi isu di kawasan Parlimen Putrajaya, bukan dibangkitkan kakitangan awam tetapi calon PAS Mohamad Noor Mohamad yang cuba merampas kerusi itu daripada penyandang Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.Walaupun sehingga kini tiada keputusan dibuat kerajaan mengenai kedudukan permintaan Cuepacs itu, PAS menggunakan isu itu dengan mengatakan bahawa ia adalah satu penghinaan kepada kakitangan awam."Kegagalan memberi honararium adalah satu penghinaan kepada kakitangan awam dan menunjukkan kerajaan tidak mengiktiraf sumbangan mereka, yang selama ini berkhidmat dengan kerajaan," kata Mohamad Noor yang juga Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan.Dengan mesej itu, Mohamad Noor berharap dapat meraih undi bagi pihaknya.Penganalisis politik Prof Madya Dr Mohamed Mustaffa Ishak tidak fikir isu itu boleh menukar undi kakitangan awam memandangkan mereka memahami dengan jelas mengenai perkara itu.Walaupun beliau merasakan perdana menteri perlu mengumumkan 'berita baik', tidak mungkin Abdullah akan mengumumkannya dalam tempoh dua tiga hari ini memandangkan kerajaan sementara tidak boleh membuat dasar dan bajet."Saya tidak nampak sebab kukuh untuk pengundi menukar fikiran mereka walaupun tanpa pengumuman honorarium." katanya.Lebih-lebih lagi, beliau berkata kakitangan awam di kawasan Parlimen itu telah disediakan dengan pelbagai kemudahan termasuk kuarters mewah yang tidak terdapat di tempat lain di negara ini selain menikmati kenaikan gaji dan Cola."Pengundi Putrajaya sangat penting memandangkan mereka menunjukkan gambaran sikap kakitangan awam terhadap parti pemerintah," katanya.-- BERNAMA


aku petik ayat terakhir.."Pengundi Putrajaya sangat penting memandangkan mereka menunjukkan gambaran sikap kakitangan awam terhadap parti pemerintah,"

sikap macam mana yg dia gambarkan.ish..aku malas la nak tulis panjang.

sokong la kerajaan.tapi mana ada kerajaan skarang ni..

Pilih lah saya -III

Aku melayu asli...


Berkaaattt...salamaaatt Pak Lah...

aku akan pulang mengundi....

Pilih lah saya-II


betui ke nih?

ni bukan kempen ekk

aku kan ahli UMNO seumur hidup..hihi

tapi undi lom tentu lg...

Jumaat, 15 Februari 2008

Pilih lah saya

marilah mari pergi mengundi
tunaikan kewajipan pada negara

tak sabar aku nak dengar lagu tu keluar tv
tertunggu-tunggu aku
dah lama tak dengar lagu tu

aku jugak tak sabar nak balik mengundi
aku kan dalam kawasan parlimen Pak Lah
kena la balik mengundi

pilihanraya yang lepas aku balik leh claim duit
pilihanraya yang lepas jugak aku bertugas sebagai penggantung sepanduk dan poster
meriah...
tahun ni aku sebagai pemerhati je kot

kita kena pastikan BN menang lagi tahun ni
semata-mata untuk saguhati kakitangan kerajaan
ha ha ha

Selasa, 29 Januari 2008

misteri mimpi ayah

hujung minggu lepas ayah telefon.ayah ckp tahniah atas berita gembira.ayah ckp jg kesihatan (utk awek).ayah ckp doa dan bykn kan amal (utk kami terutamanya aku.ehe)

tiba-tiba ayah tanya.

'sihat ke?'

'alhamdulillah' kata aku

'ok la ayah mimpi kamu semalam.kalo suma sihat tak ngape la'

'mimpi apa?' tanya aku.start konpius dah

'tak de apa la kalo dah sihat suma.ok la'

-stop-

hhmmmmm...mimpi lg
tapi kali ni lg misteri
ayah yg mimpi

Rabu, 16 Januari 2008

batik

Semalam Tan Sri KSN mengumumkan pemakain batik diwajibkan pada setiap hr khamis.wah..setiap minggu.berbanding hanya pada 1 & 15hb setiap bulan sebelum ni.
aku sebagai salah seorang kuli kepada kerajaan harem tak pernah pakai baju batik.rasa geli je nak pakai.lg pun aku malas nak pakai sbb aku mungkin kena pegi site.tak kan pegi site pakai baju batik pakai safety boots.apa kejadahnya.cam pak menteri dtg lawat projek.buat upacara pecah tanah.dan sebab terbesar aku tak pakai sebabnya aku tak de pon baju batik tu.ha ha ha
tapi aku (bukan aku je, kakitangan gomen yg lain juga) mengharapkan pengumunan lain selain pemakaian batik tu dari Tan Sri KSN.tentunya pengumuman saguhati menggantikan bunus.pengumuman yg ditunggu-tunggu.tapi tak kunjung tiba pun.kami masih mengharap.jawab Tan Sri KSN beliau masih belum berbincang dengan PM.jadi, kita tunggu saje la.
kalo ada saguhati tu br lah boleh aku beli baju batik.paham-paham je la baju batik bukannya murah.lain lah batik siam or batik jawa.kat maidin byk yg murah-murah.ni batik malaysia.mahainya berkali ganda dari yang diimport.kalau ada saguhati tu boleh lah aku bergaya ke tapak projek dengan berbatik
ha ha ha ha