Selasa, 1 Julai 2008

Back To The Future - Nostalgia 1998

Tahun 1998 aku kat ITM Permatang Pasir.Dalam tahun ni jugak la gerakan reformasi dimulakan atas sebab yg tak perlu diceritakan lg.

Kawasan ITM Permatang pasir terletak dlm Parlimen Permatang Pauh.Lanskap nya hanyalah bangunan sekolah.Standart bangunan sekolah binaan tahun 1990-an.Kawasan sedikit berbukit menjadikan lanskap sedikit menarik.Tangki air dibina di atas bukit yg dapat dilihat dr jauh.

Tahun 1998- Ketika negara gempar dengan berita tersebut, ITM juga gempar dengan contengan tulisan yg tidak sepatutnya di Tangki Air tersebut.Ia nya dapat dilihat dari jauh.Seluruh Warga ITM sibuk memperkatakannya.

Kini tahun 2008, peristiwa hampir sama berlaku.Tapi kali ni ITM di Permatang Pasir sudah berpindah.

Selasa, 10 Jun 2008

Fuh...

apa kehei nye yeob?!!

Jumaat, 16 Mei 2008

Cikgu

Kerja cikgu ni bukan kerja main-main.Mungkin ada yg main-main sbb dah tak dapt kerja lain.Tapi hakikatnya cikgu ni dipandang tinggi di dalam masyarakat.Tak kira la cikgu tu ikhlas ke dak bekerja mendidik anak bangsa, masyarakat tetap menyanjung tinggi gelaran "Guru" tersebut.
Jadi para guru zaman sekarang janganlah bekerja sambil lewa.ini melibatkan masa depan anak bangsa kita.Kita juga faham anak-anak zaman sekarang lain macam nye perangainya.diharap para guru tidak berputus asa.
Kepada kerajaan pula usahlah memandang remeh hal-hal guru ni.

"selamat hari guru" kepada guru seluruh malaysia.
"selamat hari guru" kepada isteri tercinta

Rabu, 30 April 2008

Biar gambar bercerita-II

Sbb tak dak keje aku bukak la gambar-gambar dlm pc.meh nengok lg..

ni permandangan di Pantai Seri Tujuh, Kelantan
semasa ikut rombongan pengantin

hah..ni suspen.ni masa aku kasi pecah spot rim kete V6 mentua aku.ha ha ha.ada sdikit gelabah.polis dtg tgk je.ceh...


waahhhh....raya haji lepas...


Teluk Cempedak


Ni hero akak aku.Nakal gila


wah ni bes.ni rumah kelahiran aku kat Perak.kawasan terpencil sket la.ehehehe

Gambar 1st tu ayah, mak dan adik.mak ngan ayah pakai sedondon.wah...time ni kami kat Bagan Datoh.ada sungai beso.sungai perak kot.ayah cerita time dia bujang umah sewa dia dekat2 sungai tu.kat tepi sungai tu dulu ada pengkalan bot/sampan.seberang sungai tu daerah Setiawan.dulu kalau ayah nak balik Penang, dia akan naikkan moto vespa dia atas sampan/bot penambang pastu seberang la sungai yg beso tu.ngeri tgk sungai tu.ayah naik vespa je dr perak ke penang time tu.cayalah.


Awek berlatar belakangkan Menara Condong Teluk Intan

oklaa...nanti tambah lg...ehehehe

Biar gambar bercerita

Lama tak update.sbb tak tau nak tulis apa.malas juga sebenarnya.semalam belek-belek handphone dan tgk-tgk gambar dalam handphone.jadi aku nak letak la beberapa gambar yg ada dlm handphone aku ni.meh kita tgk...


No 1 : Gambar Awek masa kami nak pi makan nasi lemak Zaman.ehe


No 2 : Berita Gumbira

No 3 : Masa pi Kelantan.Rombongan Pengantin

No 4 : Bakar Ikan kat kg Awek.Raya Haji

No 5 : Bangunan KTM KL.Masa naik bas Executive Pluslinear yg mahai siap ada pramugari hidang air.selimut juga free.

No 6 : Banguna KTM KL

No 7 : Ceramah Pilihanraya 2008

No 8 : Jamuan Makan Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ibu & Bapa Mertua.Ulangtahun ke 30


No 9 : Kasut untuk Ibu Mengandung

No 10 : Awek bersama anak sulung sahabat.Saudara Md Nun (Hari raya Aidilfitri 2007)

No 11 : Anak-anak buah

No 12 : Ayah & cucu nya

No 13 : Workstation aku.semaknya....

No 14 : Putrajaya

No 15 : Perhimpunan Dwi Bulanan

No 16 : Lanskap Sg Pahang.Panorama malam

No 17 : Sebelum hujan lebat beserta ribut petir turun






Isnin, 21 April 2008

kecewa

boikot tetap boikot!!
cuti tetap cuti!!

kecewa.....

Selasa, 25 Mac 2008

kuasa

malam tadi aku layan cerita Sarjan Hassan.ntah berapa kali aku tgk cite ni.tapi malam tadi aku terfikir lepas tgk satu watak tu.

"Buang" nama watak tu.mamat ni budak kg.geng ngan Jins Shamsudin kat kg.suka ejek si Hassan pengecut sbb Hassan tak pegi jadi askar.

Masa jepun dtg Tanah Melayu si Buang nih jadi tali barut Jepun.Dia pi jumpa Jepun.Dia mintak jadi tali barut.Dia kenal org kg semua katanya.Master Jepun tu pon ckp."Lu jadik Kempetai la".Buang suka gila.Sblm balik Buang tanya Master Jepun.'Master kalau saya jadi Kempetai saya punya pangkat besar ka?"
Master jawab "besar...mcm Master jugak la"

Kembang-kembang la hidung si Buang sbb dapat pagkat besar...kuasa besar...

Last skali scene buang lawan tumbuk ngan Hassan.Hassan kalah kena tikam.dan Sarjan Hassan pon berkata....
"Saudaraku sekampung sekalian.jgnlah jadi seperti org ini(Buang).org cam ni la perosak bangsa dan keturunan.walaupon Bangsa kita masih MUDA.aku tidak peduli semua tu"-lebih kurang gitu le dialognya.

Tu zaman dulu.zaman P.Ramlee.lama dah tu.zaman tu pon org dah gila kuasa.Zaman sekarang mcm mana?
lg dasyat la aku rasa.lg-lg semenjak pilihanraya nih.tgk je la apa jadik kat sesetengah negeri.suma org nak kuasa.

terengganu pon sama.masih belum selesai.kuasa punya cerita.yg bekas MB plak berlakon baik.Taat.percaya qada' dan qadar konon.tapi bila org dia buat kacau dia tak ckp apa pon.sanggup menipu bangsa sendiri untuk kepentingan.dia ni lg teruk pada si Buang tali barut jepun tu.Gila kan kuasa sampai lawan Sultan.

tu cerita masa Bangsa kita sudah semakin matang.dan semakin tua.ingatkan dikala bangasa dah semakin matang bangsa lebih maju dan bersatu.tapi masih ramai lg yg gilakan KUASA sampai pijak bangsa sendiri.....