Isnin, 13 April 2009

cik DD : Kerajaan dan Kita


kadang-kadang tgk gambar kat kotak rokok ni ngeri gak.tapi sebagai perokok kita kena kreatif.kita jgn ikut dan terpedaya dengan propaganda kerajaan ni.kerajaan sengaja nak mengurangkan perokok.bila perokok kurang kadar pendapatan negara merosot.bila dah merosot kakitangan awam susah nak dpt bunus.jadi perokok kena tabahkan hati, kuatkan semangat.fikir-fikir kan....



gambar cilok dari blog Tok Rimau

Khamis, 19 Februari 2009

Cik DD : Ayah penat...

Permulaan tahun ni agak sibuk.Kerja byk mcm takkan abis.Tambahan pula tak boleh amik cuti dlm masa 30 hr atas sbb tertentu.Selepas 3 mac br leh amik cuti.Rasa stress pulak keje byk ni.Ni pon amik peluang jap sementara bos pi meeting.
Awek pon semenjak masuk skolah baru ni keje bertimbun.Dia pon penat.Kami kena amik vitamin agaknya.
Yang tak penah penat Damia laaa.Ada je benda baru yg dia leh buat skarang ni.Dia dah cuba-cuba nak merangkak.Kadang-kadang mlm-mlm bukan dia nak tido.Nak main n ckp je.hepi je dia.Hepi ke jadik baby?

Rabu, 7 Januari 2009

Cik DD : 1430H & 2009M

Hari ke 10 tahun Hijrah
Hari ke 7 tahun Masihi

Aku tak tau apa nak tulis...
Kerja belambak...campur tensen...

Isnin, 22 Disember 2008

Cik DD : Tertunai Sudah

Alhamdulillah, segala perancangan hujung tahun ni berjalan dengan lancar.Bermula dengan majlis pernikahan adik di Johor sehingga majlis di Kepala Batas, Pulau Pinang, segalanya selesai dengan jayanya.

Ni gambar pengantin masa majlis di Johor.Majlis pada 13 Disember 2008.Tersengeh-sengeh pengantin.Syok la tu.tak sabar tunggu malam kot.ha ha ha.Yg pengntin laki boleh plak demam sebelum bertolak dari KB.Tapi pas akad nikah senyum meleret.Cet!Ha ha ha.
Pada 20 Disember plak majlis pihak lelaki.Aku dr hr Khamis lg dah amik cuti.Bertolak balik kampung pagi dan sampai lebih kurang jam 2 ptg.Jam 3 ptg bermula membuat kerja-kerja kenduri dimulakan dengan memasang khemah.Kerja-kerja berlanjutan sehingga hari Ahad.penatnya usah cerita la.Rasa nak tercabut pinggang.Selesai berkemas barang-barang kenduri pada hr Ahad kami bergegas balik ke Putrajaya.Tambah lg penat.


Pada majlis kali ni kami berkesempatan menunaikan abadah Akikah Damia.Seekor kambing selamat di akikahkah.Tapi secubit pon aku tak rasa daging kambing tu.Sbb terlampau sibuk sampai nak makan pon tak lalu.Mengikut kata tuan kambing ni, kambing ni tak pernah seumur hidup dia turun ke tanah.Dibesarkan di dalam kandang sahaja.Hari penyembelihan tu di bawa turun ke tanah kambing tu dengan rakusnya meragut rumput.Macam tak pernah makan.Dia tau kot nak kena sembelih.Makan dulu puas-puas.


Selesai disembelih....

Pagi-pagi Ahad giliran majlis Damia pulak.Majlis bercukur kepala.Tak de majlis sgt.hanya ada mak bidan sahaja yg dtg membawa pencukur.Aku dok terbayang, ingatkan dia pakai pisau cukur.Ngeri gak la kalau gitu.Dan hasilnya begini la...

ehehehe...awek ckp cam Shaolin Soccer...ha ha ha ha...


Khamis, 11 Disember 2008

Cik DD:Seluruh Jiwa Untukmu Berdua

"Happy second anniversary.May Allah Bless Our Marriage.Love U"
9 Disember 2008/4.24

Tahun ni aku betul-betul lupa.Sepatutnya aku kena ingat benda ni.Lagi-lagi sehari selepas Aidiladha.Aku betul-betul lupa.

Aku hanya teringat masa aku dpt sms ni dr awek.Sory awek...

Otak aku pada masa tu hanya ingatkan Damia yg sedang demam..

Maaf sekali lg..

Tapi aku syak awek pon terlupa sbb sama-sama risaukan Damia.Tapi dia teringat awal pada aku la..ha ha

Selasa, 9 Disember 2008

Cik DD : Aidiladha Pertama

Aidiladha tahun ni pertama buat Cik DD.Tapi Cik DD tak dpt merayakan Aidiladha tahun sebab terkena demam.Malam raya cik DD tak tido langsung.Ibu dan ayh cik DD pon terpaksa berjaga.Panas semakin tinggi.selepas subuh di pagi raya ibu dan ayah cik DD bergegas cr klinik.tapi mana nak ada klinik buka subuh-subuh lagi-lagi hari raya plak tu.terpakasa ke unit kecemasan HTAA.Doc kasi ubat demam.Tapi sampai hari ni cik DD masih belum ok.sian plak tgk cik DD cam lemah je.pastu cam lali dan mamai je sbb ubat.semoga cepat sembuh.ujung minggu ni cik DD nak ke Johor plak..

Khamis, 20 November 2008

Cik DD : Lupakan Kenangan Indah Tidur Nyenyak

Minggu-minggu terakhir tahun ni sudah dipenuhi dengan pelbagai rancangan.Setiap hujung minggu penuh dengan aktiviti.Bermula minggu lepas lepas selesai ambil awek dan cik dd minggu ni pula adik konvo kat UiTM SA.Minggu depan bawa cik dd pi cucuk.Minggu-minggu seterusnya dipenuhi dengan Raya Aidiladha, sibuk menguruskan awek pindah dan yg besar sekali kenduri kawen adik di Johor.Minggu berikutnya kenduri menyambut menantu dan InsyaAllah kenduri Akikah cik dd di Penang.Cuti tahunan yg berbaki masih mencukupi untuk suma aktiviti tersebut.

Kerja di opis nampaknya seperti tahun-tahun lepas.Kerja akan bertambah bila bulan Disember sampai.Semuakan kena abiskan target sebelum abis tahun untuk SKT.Skt kena power.Kalo tak cam ne nak naik gaji?camne nak dpt APC?

Start bulan ni dah boleh dah draf azam untuk tahun depan....